Penandatanganan kontrak DPMM FC



​​

Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid / Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said






GADONG, Rabu, 8 Mei. - Majlis Penandatanganan Kontrak Kelab Bola Sepak DPMM (DPMM FC) dengan pemain-pemain dan penaja-penaja bagi Kejohanan Bola Sepak Liga Singapura 2024 / 2025 telah diadakan di Centrepoint Point, hari ini.


Berangkat bagi menyaksikan majlis penandatanganan tersebut ialah Timbalan Pengerusi DPMM FC, Yang Amat Mulia Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim bin Pengiran Indera Mahkota Pengiran Anak (Dr.) Kemaludin Al-Haj, yang juga hadir selaku tetamu kehormat.


Turut hadir, Setiausaha Tetap (Kesukanan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud.


Majlis Penandatanganan dimulakan dengan penandatanganan kontrak pemain antara DPMM FC dengan 25 pemain kelab bola sepak tersebut. Ini diikuti dengan Penandatanganan Kontrak Penaja di antara DPMM FC dengan penaja-penaja.


Dalam penandatanganan tersebut, DPMM FC diwakili oleh Pengurus Am kelab berkenaan iaitu Awang Mohammad Ali bin Haji Momin dan Penolong Pengurus Pasukan 1, Awang Rosmin bin Haji Kamis.


Manakala penandatanganan kontrak penaja Kelab Bola Sepak DPMM FC dengan penaja-penaja diwakili oleh Pengurus Am Kelab, Awang Mohamad Ali bin Haji Momin dan Pengurus Pemasaran, Haji Awang Momin bin Haji Md. Ja'afar.


Sementara itu, pihak penaja yang terdiri daripada Royal Brunei Airlines Sendirian Berhad; Mitsubishi Corporation; Brunei Shell Marketing Co. Sdn. Bhd.; Datastream Digital Sdn. Bhd. (DST); Setia Motors Sdn. Bhd.; Baiduri Bank; Hui Huang Enterprise (YOU. C 1000); Begawan Athelete Enterprise; Borneo Genomic Innovation Sdn. Bhd.; Waznah Enterprice Sdn. Bhd.; Pitch Company dan Kingsley Medical Suppliers Sdn. Bhd. diwakili oleh pengurus-pengurus atau pegawai-pegawai tinggi syarikat masing-masing.


Juga diadakan pada majlis tersebut ialah Pelancaran Jersi DPMM FC Musim 2024 iaitu 'Home and Away Jersey' dan video pendek daripada Pitch Company.


Close